Pages

rakan ilmu :)

aku rindu suasana tuh.
berusaha untuk fahamkan walaupun susah,
tapi kelas tetap ponteng,
pergi pun makin tak faham.
padan muka! sape suruh set akal
cakap subject ni tak best.
lecture ni ajar tak sampai.
topik ni susah.
cuba lah terima ilmu tuh ikhlas sikit.


sampai la satu tahap,
buat muka tebal

"naura, ajarkan elektronik boleh?" sambil buat muka kesian.
" kita pun tak pandai, tapi kim boleh ajar"

sebelum ni tiada lah bercakap mana dengan naura.
sekadar senyum dan ucap "hye" je kalau jumpa.
terima kasih naura, terima kasih kim :)
Alhamdulillah lulus elektronik saya.

dan.
sifu kepada thermo kita sejak sem satu
hanani, terima kasih sebab tahan perangai nakal kitorang
lagi-lagi leha *ishh leha neh xD*

"nani baca elok-elok nanti boleh ajar kitorang, terima kasih"

dan nani fokus membaca setiap perenggan buku tebal itu.
aku pernah cuba untuk membaca.
tapi semakin aku baca,semakin susah nak faham.
nota yang aku catit pun jauh beza dengan nota nani
"ah apa aku baca sebenarnya ni?"
dan aku putus asa.
mungkin sebab aku lebih memahami bahasa jepun. herm.mungkin!


aku ingat saat kritikal aku demam di malam ujian 2 applied thermo.
hanya mampu bertahan sampai ke petang tuh.
seterusnya, dah tak mampu nak hadam.
aku tutup buku, naik tidur dan redha.
tapi nani datang juga ajar sub-chapter yang aku tak sempat cover tuh.

" yang nih, opie ingat je dia mesti kena guna lenght yang ni tau"
"ingat je?"
" a ah, ingat je. tak payah paham"
"ok"
alhamdulillah, thermo aku pun lulus.

p/s : masih ada math dengan fluid. next entry lah :p

kitaran adik-adik


assalamualaikum..

hanie
semalam aku iftar date dengan hanie, adik kedua aku. ye, kami sweet.
aku dapat rasa aku lebih rapat dengan hanie cuti kali ni.
walhal sebelum ni, aku selalu buli dia.

"hanie, cuba kurangkan bercakap boleh?"
"hanie, aku nak keluar dengan era. kau tak boleh ikut. takde ic lagi"
"hanie, keluarlaa.aku nak tidur dengan tenang"

aku nampak sahaja macam kakak yang comel dan baik hati *tak dinafikan*
tapi, bab-bab membuli adik-adik ni aku lah naib juara.
juaranya, abang aku.
sesuai lah mungkin, dia sulung dan aku ni angah.

tapi sejak dah dewasa ni,
aku dah mula fikir, kalau aku yang tak berkasih sayang dengan adik aku.
sape lagi?
nak tunggu dia cari boyfriend baru nak menyesal?
ah, aku yakin hati hanie teguh. jangan bercinta monyet di zaman sekolah.
nanti aku pindahkan kau ke zoo negara. bergayut la di sana puas-puas

cuti haritu, aku bersungguh mengajak hanie untuk berjalan dengan classmate aku.

"hanie jom pergi bercuti?"
"malaslah,aku bizi"

ok. first time orang reject aku direct macam ni.
dan bila balik haritu aku ajak lagi sekali. face to face. senang aku nak pujuk.
"okla, aku nak ikutla" jawab hanie dengan nada ceria.
senang hati aku.
tapi, esoknya umi buka cerita pasal hanie

" umi, ore ikut la mekkak(slang kelantan) bercuti.apa salahnya berbaik adik-beradik"

dan aku hanya mampu gelak. gelak paksa mungkin.
tapi fikir kembali, bagusla kau fikir apa yang aku fikir.
dan untungnya, hanie tak berdendam dengan pembulian aku.maaf hanie.

hanie.
ye, aku masih cuba untuk fahami dia bagaimana sebenarnya.
kadang-kadang perangai dia comel sangat.
kadang-kadang tak nak layan orang lansung.
payah. tapi ikutkan sahaja.
aku tahu dia remaja, aku dulu pernah begitu. malah, lebih teruk.

oh ye, kami bukanlah tak baik sebelum ni.
cuma tak rapat. tiada topik sesuai untuk borak.
dan dia dan sahira hanya berborak pasal sekolah dan kpop.
urghh kpop -.-!
dan aku hanya boleh diam. mati akal untuk menyampuk.

balik kali ni, aku cuba buka topik.
pasal apa jadi dekat syria, mesir dan palestin.
tunjuk video, tunjuk post-post menarik.
Alhamdulillah hanie tak buat muka bosan malas nak layan.
dan boleh borak pasal utm, kawan-kawan skmp.
sebabnya hanie dah kenal sikit-sikit tuan empunya badan.

dan aku pun tanya,
pasal sekolah, pasal kawan dan macam-macam.
aku hanya tak layan kalau hanie bukak topik kpop je.
aku diam dan bagi pandangan kosong sahaja.
kalau aku condemn, mesti dia marah aku balik.
kpop pun kpop la hanie.

p/s: kalau aku banyak cakap, hanie tuh dua kali ganda banyak cakap dari aku.



cerpen kontot-memori


Leeya kusyuk meneliti satu-satu ayat di tumblr. Mencari makanan rohani untuk harini. Mudah katanya, bahasa ringkas dan mudah untuk difahami dan sangat straight to the point.


"ahh,serabut" tiba-tiba dia bersuara.

aku pandang sepi dan mengangkat kening tanda hairan.

"kenapa leeya kenapa? ok tak?"

"takdela, aku hairan kenapa otak ni cepat sangat teringat kenangan lama, hati cepat sangat berubah" jawab dia dengan muka cemberut.

"itu maknanya kau belum lupa la. hati terikat lagi dengan kenangan"

"aku dah lupa la. sumpah!"

"yakin?"

"sangat yakin"

"iye? jangan tipu diri sendiri"

"demi Allah, aku dah lupa. aku dah mampu nak berdiri kat kaki sendiri dan aku dah cuba buat terbaik untuk jaga hati aku"

" then I will pray for you. semoga istiqamah"

"InsyaAllah".

dia senyum dan meneruskan kembali aktiviti harian dia.tumblr.

"oh ini. aku jumpa ayat ni. nah baca"




I’ve put everything about you in a box, filled to the brim

And locked it with the key

All of the laughter and memories of you

Will settle to the bottom, with no way out.

I cannot have you hold me down any longer,

I cannot have you be the one who determines who I will be.

You will be just a lovely, but deadly, memory to me

That I will always keep, and cherish.

I will love you and care for you but

BUT

I will move on and find my happiness,

because you can longer bring me any sort of happiness,

and you are no longer my happiness,

Just a memory.

A love.

And a past.

I will take this box, filled with you,

And I will bury it deep, deep in my bones.

I don’t want to forget you,

But I don’t want to relive you, over and over.

I want to find some one better.

And to do so, you have to let go.

And move.

And dance,

and sing.

Without you.



"nice one leeya.deep! tulis sendiri?"


leeya sengih sambil geleng kepala laju.
"tak,curi kat tumblr la apa lagi."

"haha, memang kena tepat la ni?"

"yep. tapi kan mun..."

aku tahu.cukup kenal dengan leeya. 'tapi' dia tuh boleh membawa seribu makna. 'tapi' yang kadang-kadang boleh mengubah 180 degree pendirian dia.

"ye sayang... tapi apa lagi?"

" aku hairan kenapa bila aku dah lepaskan, dia datang balik dan kejar aku. dulu tak macam ni pun."

"manusia leeya, tak pernah hargai dengan apa yang ada depan mata. ambil mudah. ingat selamanya benda tuh akan jadi milik dia. bila dah terlepas, baru nak tergadah baru nak sedar. bila dah sedar? keadaan pun dah berubah. manusia ni pun tamak, tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada, nak lebih dan lebih dan lebih lagi. herm..tuh bagi aku la"

"ada logiknya mun. by the way, thank you very the much"

"apesal? by the way jugak, welcome very the much"

"haha. sebab selalu ada untuk dengar aku merepek"

"no big deal la. kata sahabat?"

"loph u. semoga aku kuat.InsyaAllah."

"amin."


p/s : poem tuh aku curi dari tumblr .tapi lupa dari mana. so tak dapat nak kreditkan kepada dia :(




cuti 2-skmp part 3 (kudat)

assalamualaikum..


haha. ni gambar masa form 1 kalau tak silap. kalau tak silap laa. sebab time form la duduk kudat.
pendahuluan kali ni dimulakan dengan gambar sebab terlampau excited nak cerita pasal kudat. banyak sangat benda ada dalam minda sampai dah bergumpal-gumpal dan tak tahu nak cakap apa.


dan ini tahun ni..
tempat sama tapi orang berlainan. dan juga kenangan lama.
ya Allah, serius rindu kudat. ni dah kira kampung kedua selepas kelantan kot.

bila drive sampai ke Sikuati tuh, terus teringat balik kenangan-kenangan lama.
teringat rumah lama. teringat kawan-kawan. teringat perasaan mula-mula sampai kudat.
serius rasa best sangat sebab dah boleh drive sendiri ke kudat. sebab tuh tak nak gilir-gilir drive dengan BB.
nanti boleh buat memori !
I did it. yes I did it.

oh lupa, nak cerita pasal kudat kan.
perjalanan dari kk-kudat mengambil masa dalam 3 jam setengah macam tuh kalau berkereta la.
just in case, korang nak berkuda atau nak berjalan kaki, bolehla buat caturan sendiri ye *bagi sempoa*
ok kudat ni kalau kita tengok peta sabah kan.(rujuk peta dibawah)


gambar ihsan encik google.

sila klik gambar untuk tumbesaran gambar! :D









kudat berada kat atas sekali belah kanan.
orang cakap peta sabah ni macam bentuk kepala kuyuk. apa itu kuyuk? for non-sabahan sila tanya encik google ye. so kudat ni terletak dekat telinga belah kanan dia la kiranya.
so, tujuan kami ke kudat sudah tak lain tak bukan nak lawat the tip of borneo.

apa itu the tip of borneo? *dah terasa macam tv pendidikan*
tip of borneo ni macam penghujung sabah la kiranya (di sebelah utara).\
nama lain bagi the tip of borneo ni adalah simpang mengayau yang sebenarnya berasal dari bahasa rungus.
yep, majoriti kaum kat sini adalah kaum rungus.
tapi kat sekolah aku dulu macam tak ramai pun rungus.

so,dalam bahasa rungus simpang/sampang ni bermaksud pertemuan.
kenapa pertemuan? haa sebabnya sinilah tempat pertembungan laut china selatan dan laut sulu. bertapa hebatnya kuasa Allah kan. Di sebalik nama ni juga  lagenda tersendiri..jeng3.

1) kononnya lah disinilah dikatakan tempat Sultan Brunei dan Sultan sulu bertemu untuk bincangkan hal negara diorang.
2) kononnya yang kedua pula, tempat ni juga ada lagenda mengenai kisah cinta tak kesampaian seorang pahlawan Sulu dengan gadis Rungus. *patutlah nampak orang ukir nama dengan pasangan kat sini, jenis cinta tak kesampaian la kot*

tapi lagend is a legend. tak nak percaya pun takpe. haha.sooooo, nah gambar lagi sebab dah tak tahu nak cakap apa.

perjalanan tidak lah indah seperti highway di semenanjung ye adik-adik kakak-kakak..
Tapi I berjaya ler U drive pergi dan balik.hik3








masa ni drive sambil senyum sensorang. rasa nak nangis pun ade. see, aku ni nostalgik orangnya.
eh, hye nurain :) saya rindu nak main basketball dengan awak macam form 1 dulu







 pantai di putih bersih. dan air biru kehijau-hijauan.
Malaysia ke ni? yela!
 cantik kan :) mohon jeles.

oppa dan bahau sempat buat aksi titanic. tapi kapalnye takde.
yang penting kasih sayang tuh ade

 air yang jernih .
 gambar fizul semua nampak smart. serius.
dah macam hero filem dah.


another awesome picture. smart!









oh ye, sambung sikit lagi. sebenarnya time balik tuh, aku dah loya dah. sebab tak pernah drive jauh macam ni kot dan jalan takdela cantik mana pun. huhu.
so, sebab penat sangat, makan pun tak lalu dan asam pun tak jumpa. I iz sad T_T
ok.tamat :D

p/s : tak sempat round bandar kudat,tak sempat tengok sekolah lama. ain cakap da cantik?

cuti 2-skmp part 2 ( rumah terbalik)

assalamualaikum.harini dah 10 terakhir ramadhan kan? selamat meningkatkan amal pada full speed kepada semua :)

ok then. should we continue with our journey then? *ayat wajib poyo*
hari kedua di sabah,nondu suggest pergi centre point yang terletak sebelah je dengan rumah aku.
jalan kaki tak sampai 5 minit pun. tapi disebabkan diorang terlambat dan kitorang tak menyabor.
so, kitorang pergi lah round-round bandar kk, excited sebab baru sampai sebenarnya.
pusing-pusing sampai la termasuk ke ums. terus semua cari fakulti perubatan dengan harapan berjumpa bakal jodoh . -.- tapi, malangnya fakulti tuh kosong T_T.

cerita selepas tuh panjang lagi, tapi sebab banyak konflik kita teruskan dengan cerita seronok-seronok je.
so, inilah keseronokan untuk harini...RUMAH TERBALIK! (baca lah dengan nada paling excited)
so rumah terbalik ni terletak dekat tuaran. to be exact, dekat tamparuli. perjalanan dari kk macam around 40 minit juga la. tapi sebab drive dengan rasa seronok, rasa macam 40 saat je perjalanan tuh.hehe

ok ni sedikit info pasal rumah terbalik !

Opening hours
Daily (including public holidays): 8:00am to 10:00pm

Admission fees
MyKad holders: RM10.00
Others: RM18.00
Students/Children below 12 years: RM5.00
Children below 3 years: Free of charge
** Kindly note that indoor photography is prohibited.
Contact details:

Tel : +6088 260263
Website www.upsidedownhouse.com.my
Email : sales@trekkerslodge.com

so, kepada sesiapa yang berminat nak pergi rumah terbalik ni..*satu-satunya kat malaysia kot!*
boleh la rujuk info di atas ye. :)


 



kuatnya mereka bertiga angkat kereta macam tuh je









tapi alifah hebat lagi,angkat sorang je :D maaf,korang kalah.
oh ye dan ini gambar sebelum masuk rumah terbalik.sebelum masuk,akak *bajet aku muda* tuh akan bagitahu peraturan-peraturan di dalam rumah tuh. tapi disebabkan kat sekolah dulu pun, aku endah tak endah je peraturan-peraturan makmal, kena la bagi adil. buat endah tak endah jugak la dengan peraturan dia.
tskk -.-

 ni betol-betol sebelum masuk ke dalam rumah tu

sebenarnya sebelum masuk tuh, aku adela berharap kot-kot ada magic ke depan pintu, tak pun ada hantu sergah ke, katak ke (untuk effa je) .yelah, something yang boleh menaikkan darah.baru la macam excited sikit. penat buat-buat excited. ah, paling kurang pun. adela maskot pakai macam puteri-puteri ke hidang teh. tapi hambar. xde. :(

dan ini pulak gambar-gambar dalam rumah terbalik..
....
oh ye,lupa pulak. pelawat tak dibenarkan ambil gambar dalam rumah ni.
how sad :( tapi aku cuba gak pikir secara logik kenapa tak dibenarkan ambil gambar. 
takut orang tengok kat fb je eh? yeeee kot. tapi rugila, sebabnya ada cermin besar kat lantai. hew3.
boleh bercermin lama-lama.

then bila dah habis tour dalam rumah, kita pergila pula ke halaman belakang rumah. aku paling suka part ni sebab ...





bahagia sungguh mereka ambil gambar dengan toilet. aku pun join sama. tapi sebab nak kontrol ayu..aku tak nak post xD..terlindung sikit perangai kanak-kanak horlick di situ.

see! budak ayu ambil gambar macam ni je. takde muka-muka excited. ahem -___- . 

cuti 2-skmp-part 1 (kota belud)

Assalamualaikum.
so ni part 1 percutian legend 2-skmp. sebenarnya, kitorang budak-budak perempuan ni menyemak je join dorang bercuti. Alhamdulillah, cubaan menyibuk berjaya. 
sebenarnya, percutian ni budak lelaki yang rancang, tapi sebab pilihan tempat dia adalah sabah so as half-sabahan aku rasa jeles kalau tak dapat ikut.

budak-budak lelaki bertujuh tinggal kat rumah nondu di kota belud . alifah (umi panggil cik papah) dan effa pulak tinggal kat rumah aku di kk. so, perjalanan sebenarnya agak jauh juga la.

di bawah ni gambar sungai dekat rumah nondu..sangat best pemandangan dia :) *gambar gelap dan malas nak edit* 
yang aku suka pasal rumah nondu adalah sebab ciri-ciri kampung dia sangat jelas dan nyata.
ada kerbau .ada sungai. ada jambatan gantung. seronok kalau ada kampung macam ni.dan sebenarnya aku singgah kejap-kejap je rumah nondu :(. 
tapi , tengok gambar pun aku boleh dapat rasa keseronokan diorang.apetah lagi diorang yang memang duduk rumah nondu.




nah sedikit selingan keseronokan dorang.





nampak pun dah tahu seronok. uhh! jelesnya dengan diorang..so cita-cita aku nak duduk rumah kampung makin meninggi.

dan nak ada kebun kecil dan bela ayam dan arnab :).
dan nak ada sungai jugak. kalau takde air boleh berendam je dalam sungai..haha

oh ye, yang ni gambar aku,effa dan alifah tiada. sebabnya kami masa ni duduk dalam hutan konkrit sambil menghidu asap kenderaan.

tapi tapi tapi..
depan rumah aku pun pantai what. so not that bad la kot?

p/s : aku rasa nak jadikan blog ni travelog perjalanan tak menjadi kot sebab aku tak pandai nak bercerita. soooooo..... biar jela apa nak jadi pun. dah tak pandai ubah dah cara menulis.










travelog perjalanan

Assalamualaikum...
*tiup habuk kiri kanan*
*bersihkan sarang labah-labah*

lamanya tak bukak blog sendiri. nak kata rindu pun tak jugak.
tapi sebab nak follow orang, terpaksa bersihkan segala post-post pelik.
oh ye, prefer lagi tumblr sebagai blog sekarang sebab boleh make it as short
as possible dan masukkan ayat-ayat puitih (kononnya puitis).
but I've made up my mind.
nak jadikan blog ni travegol perjalanan mulai sekarang.
seharusnya dimulakan dengan percutian yang last arituh.
yang personal pulak post dekat tumblr.


Imam al-Syafi'i:
"Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. Dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iaitu menghilangkan kedukaan, mencari rezeki, faedah ilmu, faedah adab dan menemani orang yang mulia."

next post will be about kudat,kundasang dan kota belud. and the legend 2-skmp.
insyaAllah. :)