assalamualaikum..
hanie
semalam aku iftar date dengan hanie, adik kedua aku. ye, kami sweet.
aku dapat rasa aku lebih rapat dengan hanie cuti kali ni.
walhal sebelum ni, aku selalu buli dia.
"hanie, cuba kurangkan bercakap boleh?"
"hanie, aku nak keluar dengan era. kau tak boleh ikut. takde ic lagi"
"hanie, keluarlaa.aku nak tidur dengan tenang"
aku nampak sahaja macam kakak yang comel dan baik hati *tak dinafikan*
tapi, bab-bab membuli adik-adik ni aku lah naib juara.
juaranya, abang aku.
sesuai lah mungkin, dia sulung dan aku ni angah.
tapi sejak dah dewasa ni,
aku dah mula fikir, kalau aku yang tak berkasih sayang dengan adik aku.
sape lagi?
nak tunggu dia cari boyfriend baru nak menyesal?
ah, aku yakin hati hanie teguh. jangan bercinta monyet di zaman sekolah.
nanti aku pindahkan kau ke zoo negara. bergayut la di sana puas-puas
cuti haritu, aku bersungguh mengajak hanie untuk berjalan dengan classmate aku.
"hanie jom pergi bercuti?"
"malaslah,aku bizi"
ok. first time orang reject aku direct macam ni.
dan bila balik haritu aku ajak lagi sekali. face to face. senang aku nak pujuk.
"okla, aku nak ikutla" jawab hanie dengan nada ceria.
senang hati aku.
tapi, esoknya umi buka cerita pasal hanie
" umi, ore ikut la mekkak(slang kelantan) bercuti.apa salahnya berbaik adik-beradik"
dan aku hanya mampu gelak. gelak paksa mungkin.
tapi fikir kembali, bagusla kau fikir apa yang aku fikir.
dan untungnya, hanie tak berdendam dengan pembulian aku.maaf hanie.
hanie.
ye, aku masih cuba untuk fahami dia bagaimana sebenarnya.
kadang-kadang perangai dia comel sangat.
kadang-kadang tak nak layan orang lansung.
payah. tapi ikutkan sahaja.
aku tahu dia remaja, aku dulu pernah begitu. malah, lebih teruk.
oh ye, kami bukanlah tak baik sebelum ni.
cuma tak rapat. tiada topik sesuai untuk borak.
dan dia dan sahira hanya berborak pasal sekolah dan kpop.
urghh kpop -.-!
dan aku hanya boleh diam. mati akal untuk menyampuk.
balik kali ni, aku cuba buka topik.
pasal apa jadi dekat syria, mesir dan palestin.
tunjuk video, tunjuk post-post menarik.
Alhamdulillah hanie tak buat muka bosan malas nak layan.
dan boleh borak pasal utm, kawan-kawan skmp.
sebabnya hanie dah kenal sikit-sikit tuan empunya badan.
dan aku pun tanya,
pasal sekolah, pasal kawan dan macam-macam.
aku hanya tak layan kalau hanie bukak topik kpop je.
aku diam dan bagi pandangan kosong sahaja.
kalau aku condemn, mesti dia marah aku balik.
kpop pun kpop la hanie.
p/s: kalau aku banyak cakap, hanie tuh dua kali ganda banyak cakap dari aku.