Pages

random 2

diam.
muak dengan kebisingan yang dicipta diri sendiri.
"kenapa diam?"
"salah ke aku diam?"
" so not you la miss"
" dan kau tak boleh terima diri aku yang macam ni?"

manusia.
takut  hendak terima perubahan.
risau tak boleh biasakan diri,
cuak dengan sesuatu yang tak pasti.

"kalau aku berubah pun, aku tak akan buang kau"
"tapi nanti kita dah lain?"
" apa salahnya dengan kelainan?"
" nanti dah tak sehati sejiwa"
" doa la. hati dan jiwa kita cari benda yang sama"
" kita doa sama-sama?"
"insyaAllah "

bingitnya mulut bercerita,
mengeji dan mencaci,
tanpa tahu asal-usul cerita,
tanpa cuba cari kebenaran,
menerima dan menghukum tanpa bertanya,

kenapa?
memang jalan semua orang sama?
indahnya sampai sukar digambar,
sayangnya,
acuan kita tak sama, 
bentuknya lain, bahannya lain.
mana mungkin hasilnya sama.

"boleh kau terima aku macam ni?"
"tidak".
"terpulang kau lah kalau begitu."


cuti 2-skmp part 4 (kundasang)

Assalamualaikum
kakak-kakak yang hensem dan abang-abang yang cantik. ahem :)
lama sangat dah rasanya tinggalkan cerita pasal percutian haritu kan? 
tak sempat sangat nak bermanja-manja dengan blog ni sebab banyak sangat kekangan.
dan sebab esok pun dah nak start orentasi pelajar baru, so ni jela peluang ada untuk menulis
* bajet macam menteri-menteri besar je asyik busy -.-*
ok cut the crap! fokus fokus.

saja tunjuk gambar dulu sebab kalau nak describe kecantikan gunung kinabalu ni,
 memang tak akan ada kata-kata yang tepat nak cakap. Jadi, biarkanlah gambar bercerita.
cuma nak cakap Gunung Kinabalu ni memang tak pernah tak buat aku jatuh cinta, padahal dah banyak kali dah datang. so, cepat-cepat lah beli tiket ke sabah dan datang kundasang! mana nak jumpa tempat cantik macam ni kat Malaysia :) ni baru tengok dari jauh, InsyaAllah kalau ada kesempatan dan rezeki, aku nak juga daki gunung ni. *masuk dalam wishlist*










masa kat kundasang, kitorang menginap dekat Mount Kinabalu Heritage Resort. hotel ni not bad lah, dan harga pun err..tak tahu harga sebenarnya sebab ada pakcik sponsor, terima kasih pakcik sebab sponsor kami-kami ni. Alhamdulillah, berkurang sedikit kos untuk haritu. Gambar atas ni pemandangan belakang hotel ni, cantik sangat-sangat lah! boleh buat photoshoot wedding kot, nak lagi ohsem amik je gambar kahwin dekat puncak gunung. baru rare sikit!

next, kitorang bergerak menuju ke first checkpoint untuk daki gunung kinabalu. Walaupun tak dapat nak daki lagi sekarang, tapi kita pergi je usha tempat saja-saja. InsyaAllah ada rezeki nanti kita pergi sampai puncak ye!



nampak sign 'SELAMAT MENDAKI' tuh? sebenarnya lupa nak amik gambar depan sign ni. dan ni je gambar yang ada. tapi rasanya, dorang ni amik gambar dengan sign yang dorang pegang tuh kot. well, selamat mendaki kepada pendaki-pendaki semua.sayonara~

lama lepak kat sini, sekadar untuk tengok pemandangan dan ambil gambar je. Tapi tuh pun da cukup best, best sebab cantik dan best sebab sejuk. walaupun aku tak suka sejuk, tapi itu tidak menghalang untuk berposing-posing bersama budak-budak ni.









p/s : mengambil masa yang sangat lama tulis entry kali ni. masa yang lama dengan idea yang semakin berkurang. sobss. 









random!

assalamualaikum.
amaran ! ni post random. sila berhenti baca.

hujan.
dah lama tak merasa mandi hujan,
dah lama zaman kanak-kanak berlalu,
zaman pusing keliling kampung redah banjir,
zaman naik basikal sampai ke ceruk kampung,
zaman curi-curi mandi sungai dengan abang,
zaman makan buah-buah hutan,
zaman rawat luka sendiri pakai daun kapal terbang.
rindu!
sungguh rindu zaman jadi budak kampung.
rindu zaman bahagia dulu.


dan sekarang umur dah 21,
bukan kanak-kanak dan bukan remaja lagi,
keadaan pun dah banyak berubah,
banyak yang nak kena hadapi,
cabaran dan dugaan yang buat diri lagi kukuh,
kukuh untuk berdiri dengan teguh di atas kaki sendiri,
walaupun kadang-kadang langkah goyah,
tapi kena teruskan juga,
kena terus maju walaupun terpaksa heret kaki sendiri.

dan,
terima kasih buat yang sentiasa bagi semangat
yang sentiasa paham diri yang selalu salah ni,
yang setia untuk bangkit sama-sama,
yang pinjamkan telinga untuk mendengar,
dan bahu untuk lepaskan penat.
semoga Allah redha dengan perjalanan kita hendaknya.