Pages

percaya kawan

Penat perjalanan masih terasa,
badan dah tak mahu bekerjasama,
Eh lupa!
Assalamualaikum :)

Lama tak menulis sampai mukadimah pun pelik semacam.
Tak dapat lagi tulis pasal jalan-jalan haritu
sebab minda tak dapat fokus. Tapi nak tulis pasal ni (tak jumpa tajuk) sebab terfikir dari semalam dan terbawa sampai ke pagi ni. Terus rasa patut tulis apa yang ada dalam minda.

Pernah tak kau jumpa orang yang kau rasa kau boleh percaya? Yang kau boleh cerita perihal diri kau sampai a ke z? Pernah? Tak?

Bagi aku, aku ambil masa lama nak percaya orang. Nak cerita dekat orang pasal diri kita, pasal hidup kita. Benda tu sangat menakutkan sebab terasa macam terdedah. Rasa macam dia dapat tengok menembusi diri kita. Tak suka. Sangat tak suka.

Bunyi macam ada trust issue kan? Memang pun. Tak boleh nak deny sebab memang susah nak jumpa orang yang boleh terima segala baik buruk dan silam kau. Dan kehidupan kau. Kalau cerita lebih-lebih, they either will walk away atau menjaja cerita tu ntah kemana-mana. Aku pernah merasa dua-dua tuh. Sebab itu, kena lebih berhati-hati dengan orang yang kita nak bercerita.

Entry ni bunyi macam marah kan? Tak pun sebenarnya, ni hakikat yang pernah terjadi  dan nak tak nak kita kena hadapi jugak. Hadapi dan buat pengajaran.

Tapi, aku jumpa seorang kawan yang aku boleh cerita hampir semua benda pasal diri aku. Boleh cakap apa yang ada dalam fikiran walaupun dah tahu salah. Boleh bercerita tanpa rasa risau pun. pelik jugak sebab aku tak pernah macam ni, even dengan eaunisa sekalipun. Pelik tapi selesa.
macam tuh la kot rasanya, sebab banyak dia betulkan anggapan buruk aku selama ni.mencuba lihat sesuatu benda tu dari sudut yang berbeza.

Aku banyak main dan bising-bising tapi aku cuma serius bila dengan orang yang aku selesa je. Selesa nak bercerita hal penting. Tapi aku rasa macam terlebih serius pula bila borak dengan dia. Terlebih emosi. Huh -.-"

Ok. Dah tak tahu nak sambung macam mana padahal banyak lagi nak cerita. Tapi, aku rasa kesian kat kawan aku ni sebab aku ayik cerita masalah je T.T maaf susahkan kau. Maaf banyak merapu. Terima kasih sebab tak tunjukkan kebosanan dengan cerita aku dan cuba letakkan fikiran aku ditempat yang betul.