assalamualaikum.
amaran ! ni post random. sila berhenti baca.
hujan.
dah lama tak merasa mandi hujan,
dah lama zaman kanak-kanak berlalu,
zaman pusing keliling kampung redah banjir,
zaman naik basikal sampai ke ceruk kampung,
zaman curi-curi mandi sungai dengan abang,
zaman makan buah-buah hutan,
zaman rawat luka sendiri pakai daun kapal terbang.
rindu!
sungguh rindu zaman jadi budak kampung.
rindu zaman bahagia dulu.
dan sekarang umur dah 21,
bukan kanak-kanak dan bukan remaja lagi,
keadaan pun dah banyak berubah,
banyak yang nak kena hadapi,
cabaran dan dugaan yang buat diri lagi kukuh,
kukuh untuk berdiri dengan teguh di atas kaki sendiri,
walaupun kadang-kadang langkah goyah,
tapi kena teruskan juga,
kena terus maju walaupun terpaksa heret kaki sendiri.
dan,
terima kasih buat yang sentiasa bagi semangat
yang sentiasa paham diri yang selalu salah ni,
yang setia untuk bangkit sama-sama,
yang pinjamkan telinga untuk mendengar,
dan bahu untuk lepaskan penat.
semoga Allah redha dengan perjalanan kita hendaknya.
No comments:
Post a Comment